Semua projek
System Development Siap Dibina · Menunggu Deployment

Travel Operations System

Prototaip sistem operasi untuk agensi outbound dan group tour, menyambungkan enquiry, costing, quotation, booking dan departure dalam satu workflow.

Travel Operations System

Ringkasan

Prototaip sistem operasi untuk agensi outbound dan group tour di Malaysia. Ia menyambungkan satu workflow: enquiry, costing dan margin, quotation, booking, dan operasi group departure.

Cabaran

Staf agensi terpaksa isi butiran trip yang sama berulang kali di WhatsApp, Excel, dokumen quotation, borang penumpang, tracker bayaran, rooming list dan checklist departure.

Penyelesaian

Enquiry direkod sekali dan digunakan semula di setiap langkah seterusnya. Mesej gaya WhatsApp yang di-paste ditukar jadi medan yang boleh diedit, kemudian terus digunakan untuk costing, quotation pelanggan dan booking tanpa perlu isi semula. Setiap group departure mengumpulkan penumpang, bayaran, rooming dan tugasan tertunggak, bersama peratus kesediaan.

Apa yang dibina

  • Dashboard enquiry aktif, quotation yang menunggu jawapan, booking yang disahkan, departure akan datang dan bayaran tertunggak
  • Rekod enquiry, termasuk tukar mesej gaya WhatsApp yang di-paste kepada medan yang boleh diedit
  • Enjin kos dan margin: baris kos supplier, harga jualan daripada margin sasaran, dan senario bilangan penumpang dengan anggaran break-even
  • Quotation builder yang tidak memaparkan kos supplier dan margin dalaman dalam versi pelanggan
  • Tukar quotation kepada booking dengan butiran pelanggan, trip, tarikh, bilangan penumpang, harga dan itinerary dibawa terus
  • Group departure: penumpang, tracking bayaran, rooming dan checklist kesediaan departure

Ini ialah prototaip yang dibina untuk menunjukkan workflow. Skrin memaparkan data demo rekaan. Sign-in, simpanan data kekal dan simpanan dokumen yang selamat ialah peringkat seterusnya.

Kategori
System Development
Status
Siap Dibina · Menunggu Deployment

Ada sesuatu dalam fikiran?

Jom bina apa yang sesuai untuk bisnes anda.

Sedang rancang website baru, nak perbaiki website sedia ada, atau cari cara yang lebih baik untuk urus operasi? Ceritakan apa yang anda nak capai. Kami akan mula dengan memahami keperluan anda.

Ceritakan Matlamat Bisnes Anda

Anda tak perlu ada semua jawapan sebelum hubungi kami.